Saturday 1 June 2013

Misi dan Visi Syarikat

Misi syarikat kami adalah meluaskan lagi pasaran iaitu dengan membuka lebih banyak rangkaian cawangan di setiap negeri dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk kepuasan pengguna di seluruh Malaysia. Selain itu,syarikat kami juga ingin menyahut saranan kerajan dalam melahirkan bumiputra yang berdaya saing, berinisiatif dan mampu menjana pendapatan negara. 

Latar Belakang Syarikat


FZ Bumipro Enterprise telah ditubuhkan pada tahun 2009, merupakan sebuah organisasi yang terlibat secara terus dalam bidang perkhidmatan dan pembekalan khususnya mesin dobi layan diri .

Syarikat kami telah banyak membuat pemasangan dan penyelenggaraan mesin dobi layan diri di sekolah-sekolah berasrama, kolej-kolej dan pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Malaysia.

Objektif


Objektif syarikat kami adalah untuk  membantu para pelajar dalam menjimatkan masa dan tenaga bagi mencuci pakaian. 

Ini adalah kerana pada hemat kami, semua kolej, universiti dan sekolah berasrama sebenarnya  memerlukan perkhidmatan kemudahan ini.

 Justeru syarikat kami akan memastikan perkhidmatan yang diberi adalah yang terbaik agar kemudahan ini dapat digunakan dan diteruskan dari semasa ke semasa. 

Dengan adanya kemudahan ini secara tidak langsung ia dapat membantu pihak kolej/universiti/sekolah berasrama dalam meningkatkan prestasi pembelajaran para pelajar kerana mereka mampu mengisi masa yang sebelum ini digunakan untuk mencuci pakaian dengan menelaah/mengulangkaji  pelajaran sebaiknya.

Ciri-Ciri Produk


















Faedah dan Kelebihan Kepada Pengguna

I ) Kemudahan ;  

7 hari seminggu dengan penerimaan pelbagai guna dalam masa 24 jam. Pengguna akan berpuas hati kerana  pakaian yang kotor dapat dicuci dalam masa yang singkat dan secara tidak langsung para pelajar mempunyai masa yang lebih untuk melakukan aktiviti mengulangkaji pelajaran dan sebagainya.

II ) Penjimatan masa dan tenaga  ; 

Ia juga dapat mengurangkan berlakunya pembaziran air dan bahan cucian berbanding menggunakan tangan (manual) selain ia menyebabkan kebersihan kawasan tidak terurus.


III )  Kadar Penggunaan; 

Syarikat kami menawarkan kadar kos yang lebih rendah dan berpatutan yang dianggarkan hanya RM2 bagi 7kg setiap basuhan berbanding  kos yang dikenakan oleh syarikat luar RM3 bagi 1kg pakaian. Justeru itu ia membolehkan pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan  untuk menggunakan pekhidmatan kami.





Profile Perkhidmatan

Ibu Pejabat  Melaka

Nama    : FZ BUMIPRO ENTERPRISE 

Alamat  : No. 15, Jalan Seri Emas 1, 
                 Taman Seri Telok Emas,
                 Telok Mas,
                 75460 Melaka

No Tel   : 017-6111306